SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

9/14/10

BARAAN KARIAH SURAU AN NUR SEPARAP LAUT

KAMPUNG SEPARAP : 1 Syawal 1431H/2010M - Budaya BARAAN masih menjadi amalan penduduk kampung di sini. Baraan bermaksud kunjung-mengunjung beramai-ramai dengan melibatkan semua peringkat umur berziarah ke rumah jiran-jiran dengan berselawat dan marhaban. Dengan cara ini hubungan silaturahim antara jiran tetanga akan terus terjalin dengan akrab, selain itu kita dapat bersua dan bertemu dengan sanak saudara yang lama tidak pulang ke kampung. Kariah Surau An Nur Separap Laut telah menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti wajib tahunanya dan ianya dilakukan pada hari raya pertama selepas sahaja selesai solat aidilfitri.

Tak mahu ketinggalan.....Hj.Sairan sanggup berhujan untuk sama-sama baraan ke rumah jiran

Tak sabar nak ikut baraan......Nak cari duit raya.....tak ikut rugi....

Menjamu selera..... melayan keranah cucu yang tesandar kekenyangan

Mohon keberkatan pada yang Kuasa....Aminnn..........

Mesra.....hubungan silaturahim warga tua dan muda terus terjalin....

Alhamdulillah...sedapnya.....kecik sangat mangkuk ni....nak tambah segan

Baraan.....anak muda berpakaian baru nak tunjuk glemor kat rumah awek

Alhamdulillah....hujan dah teduh....alamak kasut baru kena lecak pulak...

Hai..hujan dah teduh masih nak pakai payung....panas kot....

Selepas marhaban.... En. Norizan ( Sonek nama glemor ) membacakan doa hari raya

Amin.....sapa paling cun....

Tak dapat bersama....Hj.Ngadiman kemalangan seminggu sebelum hari raya.... Pilu dengan kehadiran ramai jiran-jiran tua dan muda.....

Ha...ni yang best....duit raya...duit raya....jangan tak bagi abang bonser ada kat belakang tu....

Tak cukup kerusi..... Cikgu Jupri dah beli 4 set kerusi baru..... pun tak cukup lagi....tak pa sila kat bawah lagi seronok.....

Hai.....kasut baru aku dah gaib.....jom balik... Alah hai pak aji ni dah letih sangat nampaknya
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KARIAH SURAU AN NUR KG. SEPARAP














0 comments:

Post a Comment

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger