SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

9/6/10

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 53 DI KAMPUNG SEPARAP

KAMPUNG SEPARAP : 30 Ogos 2010 - Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53 penduduk kampung ini telah menganjurkan berbagai aktiviti bagi memperingati dan tanda cinta kepada negara. Memandangkan tahun ini seiring dengan bulan puasa maka penduduk di sini menyambutnya dengan cara sederhana. Sementara menantikan ketibaan detik 12 malam penduduk kampung telah berkumpul di Masjid Kampung ini untuk bertahlil dan membacakan doa hari kemerdekaan yang dipimpin oleh Imam satu masjid Kampung Separap. Seterusnya penduduk kampung berkompol didataran masjid untuk upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Beberapa acara sama juga diadakan di beberapa tempat sekitar kampung ini.

Ketua Kampung memberikan ucapan sempena hari Kemerdekaan Ke 53 di Masjid Kg.Separap

Jom pegi mesjid sambut merdeka.... Penduduk kampung membuat persiapan untuk menunggu detik 12 malam

Meraaikan hari lahir di warong sempena hari kemerdekaan ke 53

Pemuda harapan bangsa....Jalur Gemilang tanda kemegahan....

Pemuda bersemangat.... menghias sekitar kawasan kampung dengan Jalur Gemilang

Memastikan Jalur Gemilang terus berkibar.....

Pukulan kentong oleh anak muda...tanda tepat jam 12 malam...merdeka....merdeka...


Imam Dua Masjid bersedia untuk membacakan doa hari Kemerdekaan ke 53

Bergema.....Lagu Negara Ku berkumandang di dataran masjid pada detik 12 malam

Pantang jumpa tiang bendera....Jalur Gemilang berkibar megah di Dataran Balai Budaya Kg.Separap

Bacaan Doa...Imam Dua Masjid Separap membacaan doa hari kemerdekaan ke 53 di Dataran Balai Budaya Kg.Separap

Pewaris Bangsa dan Negara....sebahagian murid Tabika KEMAS kg.Separap menyambut hari Kemerdekaan ke 53

Upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh murud tabika KEMAS Kg.Separap

Hai...zaman dah berubah....mana ada orang naik basikal lagi...tak merdeka ke mat ni....
Ingat masa silam lah bang......Merdeka...Merdeka....Merdeka
Salam Kemerdekaan Ke 53
Semoga Negara Kita Terus Aman Dan Makmur













0 comments:

Post a Comment

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger