SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

12/12/10

KESAN-KESAN SEJARAH TRAGEDI KAMPUNG


Kampung separap mempunyai beberapa sejarah yang ingin dikongsi bersama pembaca. Kampung kami adalah antara kampung yang menjadi mangsa kekejaman tentera jepun. Antara sejarah yang masih dalam simpanan kami adalah :

  1. Pada tahun 1940an hingga tahun 1960an sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk kampung ini antaranya ialah peristiwa Perang Dunia Kedua yang mana pada masa itu kampung ini telah didatangi oleh tentera Jepun. Seramai 40,000 orang tentera Jepun telah mendarat dari Selat Melaka menuju ke arah Kg.Gambut, Parit Kuda, Semerah dan Sarang Buaya melalui kampung ini selama dua hari dua malam menuju ke Parit Sulong untuk menyerang tentera British.
  2. Kampung ini juga menjadi laluan tentera British seramai 9,000 orang untuk menuju ke Batu Pahat bagi menyerah diri kepada tentera Jepun.
  3. Kampung ini juga menjadi laluan tentera Bintang Tiga seramai 1000.00 orang secara berperingkat keluar dari hutan Parit Abd.Rahman Mukim 4, menyeberangi sungai dan menuju ke Semerah untuk menghalau tentera Jepun.
  4. Menjadi tempat ke dua pengumpulan tentera Muhamadiah Islam mukim 4, yang dipimpin  oleh panglima Salleh Bin Abd.Rahman untuk menyerang tetera Bintang Tiga.
  5. Berlaku serangan dari tentera Bintang Tiga dan membakar 56 buah rumah dan membunuh 6 orang penduduk kampung.    





0 comments:

Post a Comment

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger