SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

11/18/10

KORBAN AIDILADHA 2010 KAMPUNG SEPARAP

KAMPUNG SEPARAP : Nov. 2010 - Pada tahun ini sebanyak 11 ekor lembu telah di korbankan sempena aidiladha dan daging korban tersebut telah di agihkan kepada seluruh penduduk kampung. Pada tahun ini kami menerima kunjungan seramai 4 siswa UTM Skudai Johor dan 20 siswa Kolej Metrokulasi Negeri Melaka untuk turut serta dalam program mengenal budaya masyarakat di sini menjalankan aktiviti sempena menyambut aidiladha dan gotong-royong menguruskan ibadah korban. Program bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kerjasama gulungan tua dan belia telah memudahkan urusan korban yang di jalankan.


Barisan belia bersiap untuk membantu Imam dalam kerja penyembelihan

Imam membacakan doa korban sebelum penyembelihan dilakukan

Penduduk kampung berusaha menombangkan lembu
Tenaga belia diperlukan....ok siap....hai tolonglah...tak kan cekak pinggang ja..

Wau....besarnya lembu tu....sebahagian anak-anak yang menyaksikan ibadah korban

Laungan takbir mengiringi upacara penyembelihan....Baik-baik jari tu.....alhamdulillah..siap

Kerjasama...ambik berkat.....dapat sentuh lembu pun jadilah...

Hai...macam pendekar ja....ambik nafas setelah bertarung.....

Kerja melapah kulit lembu di mulakan....bahagian pegang kaki biar saya buat....

Sebahagian dari pengunjung melihat kerja penyembelihan dilakukan.....takutttt....

Kerjasama amalan penduduk kampung...sini saya bantu....opp jangan melatah tau...

Ha....ni pisau saya dah asah...tajam tau...

Berhati-hati..... Kerja mengeluarkan isi perut lembu sedang di jalankan

Siap....kerja memungah daging untuk di bawa ke tempat melapah dan agihan..aduh beratnya..

Kerasnya...kerja mencincang tulang.....hati-hati bang kang terbang kapak tuuu...

Kerjasama melapah daging ..... tinggal satu ni ja...

Sabarrrrr.....kerja pembungkusan daging sedang dijalankan...jangan lebih 1 kg ja..

Best...meriah.....tahun depan kita datang lagi....sebahagian dari siswa UTM Skudai

Best....lain kali nak datang lagi.....makanan kat sini sedap-sedap...ada ketupat, lontong daun pisang, lepat pulut, lopis....macam-macam ada besttttt.........


Salam Aidiladha 2010
Semoga Ibadah Korban Kita Di Berkati Allah















0 comments:

Post a Comment

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger