SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

12/12/10

SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG SEPARAP



Kami mempunyai fakta sejarah yang mengaitkan kami dengan nama kamupung separap. Fakta-fakta ini adalah kajian dari pelbagai pihak dan mempunyai banyak teori yang dapat dikaitkan dengan nama kampung. Antara teori-teori yang ada pada kami adalah :


PEMBUKAAN KAMPUNG:

            Kampung ini dibuka pada tahun 1800an oleh kumpulan pendatang dari Tanah Jawa Indonesia yang diketuai oleh Abd.Wahid Bin Abdullah. Nama asal kampung ini adalah Danaupoloseri.

ASAL USUL NAMA KAMPUNG SEPARAP:

            Kampung ini terletak ditebing sungai simpang kiri salah satu rangkaian sungai Batu Pahat. Disini juga terdapat sebatang sungai kecil iaitu sungai Separap dan sungai inilah yang menjadi perhubungan penting antara Bandar Pengaram dan kawasan sekitarnya. Buat masa ini sungai Separap telah pun terhapus dan hanya kesan aluranya dapat dilihat diatas tanah  No.Lot 348-352 dan lebih jelas apabila selepas hujan kerana terdapat kesan takungan air disepanjang alurannya.

            Berbagai cerita dan peristiwa telah dikaitkan dengan kejadian yang berlaku disekitar muara sungai tersebut dan mengikut ceritanya nama kampung ini juga diambil dari peristiwa yang berlaku disitu antaranya:


  1. Nama kampung ini diambil dari peristiwa berparap-parap (pergaduhan)  yang berterusan diantara kumpulan orang jawa dan orang banjar untuk mendapatkan kawasan disini. Peristiwa berparap-parap terus  berlarutan  begitu lama sehinggalah satu kumpulan lagi berpindah ke kampung seberang.
  2. Ada juga yang menyatakan nama kampung ini diambil dari peristiwa kehadiran wakil Kerajaan Johor pada bulan Safar yang bernama Dato’ Rampang ( Dato Rap ). Dengan singkatan nama tersebut penduduk kampung telah bersetuju untuk mengunakan nama ‘ SAFARAP’
  3. Ada juga yang mengaitkan dengan kehadiran sampah-sarap yang terlalu banyak didalam sungai sehinggakan sama parap dengan tebing sungai tersebut.
  4. Ada juga yang mengaitkan dengan pembukaan ladang getah oleh pendatang Inggeris  yang diberi nama ‘ Ladang Ser Para ‘


Dengan  berbagai   cerita   dan  peristiwa  ini lah  para  cerdik   padai   dan
penduduk kampung pada masa Itu telah berbincang dan bersetuju menukarkan nama Danaupoloseri kepada nama kampung SEPARAP sehingga kini

0 comments:

Post a Comment

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger