SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

4/24/17

USAHAWAN INDUSTRI DI KAMPUNG SEPARAP

Ini adalah merupakan usahawan - usahawan yang aktif yang terdapat di kampung Separap .


MNA MUTIARA Perusahaan Pembuatan Sabun Pencuci






Perusahaan Tukang Besi . SR Enterprise





Penternakan Lembu oleh pengusaha :
1. En Fairuz Bin Mansor
2. En Razif




Perusahaan Perabut Oleh CT Perabot En Mansor Bin Kamsin







PENILAIAN ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT BATU PAHAT .

Telah berlangsung pada 18 April 2017 , bertempat di bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat .  AJK Biro-Biro , yang di ketuai oleh pengerusinya En Mohd Zainuddin Abd Samad telah membentangkan , laporan dan kegiatan Kampung Separap dihadapan para panel penilai Anugerah Desa Perdana .


KELAB BOLA JARING SEPARAP DIHATIKU

15 April 2017 ,  Sabtu , Sukan Muafakat Peringkat Dun Semerah telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Sekolah Menengah Dato Onn , Simpang 5 , Batu Pahat Johor . Tiga kumpulan dari kelab Separap Dihatiku telah menyertai sukan Muafakat tersebut . Separap A telah menjadi Naib Johan , Separap B tempat ketiga dan Separap C mendapat tempat keempat , Sekalung tahniah diucapkan kepada ketiga tiga kumpulan yang telah berjaya , semoga terus cemerlang dimasa akan datang . Hadiah disampaikan oleh Puan Hajjah Salhah Bte Sabar isteri YB Adun Semerah .Dan dirasmikan oleh Yb Tuan Haji Mohd Ismail Roslan ADUN Semerah .

Gambar Kenangan 

  




4/23/17

" KOIR SEPARAP DIHATIKU " MENYANYIKAN LAGU RASMI KAMPUNG SEPARAP .


Jom kita saksikan " Kumpulan Koir Separap Dihatiku " merupakan satu lagi aktiviti Seni , menambah dan mewarnai ke muafakatan masyarakat separap . Sering membuat persembahan di Balai Budaya Separap . Dengan anggota yang berkomitmen tinggi selalu mengadakan persembahan .Lagu Separap Dihatiku merupakan sebuah lagu rasmi bagi Kampung Separap . Dilihamkan oleh Ketua Kampung Separap En Mohd Zainuddin Bin Abd Samad  atau mesranya Tok Din bersama Barisan Jawatankuasa , maka terlahirlah lagu rasmi yang begitu sedap didengar dan indah liriknya yang akan tersimpan dihati penduduk separap . Semoga lagu ini akan di warisi dari generasi ke generasi seterusnya .



Lirik Lagu Separap Dihatiku

Kampung Separap di Batu Pahat
Desa Aman Hidupnya Makmur
Orangnya Ramah Kata Sepakat
Baik Budi Jiwa Nya Luhur

Pertanian Dan Perniagaan 
Teras Nadi Dan Kejayaan
MRSM Dipinggiran Jalan 
Gudang Ilmu Dan Pengetahuan 

Kampung Rangkaian Indah Menawan
Pelbagai Budaya Berjalan
Balai Budaya Tempat Tumpuan
Bakat Terbilang Jadi Harapan

Pemimpin Bijak Lagi Bestari
Bersatu Hati Dan Bersama
Teguh Jati Diri Sehati
Desa Ku Maju Seiring Usia

% Kampung Ku Indah Jadi Wawasan 
Tersemat Terpahat Dihati
Terus Berusaha Tanpa Alasan 
Kejayaan Digenggam Pasti

Ayuh Teman Ayuh Lah Rakanku
Berganding Bahu Kita Bersatu
Demi Bangsa Dan Tanahku Air
Separap Tetap Dihatiku
Separap Tetap Dihatiku


lirik : jkk separap , dj ai, dj ajib
Melodi : jkk separap , aim crossfire

KESEPAKATAN PENDUDUK SEPARAP

Kata pepatah  :
"Bulat air kerana pembentung , Bulat Manusia kerana Muafakat "
Inilah yang membuat kemajuan kepada masyarakat setempat di Kampung Separap















9/8/15

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH

KAMPUNG SEPARAP: 05 Ogos 2015 - Majlis Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia peringkat Daerah telah berlangsung dengan meriahnya. Berbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang majlis tersebut dengan dihadiri ramai penduduk kampung.


9/7/15

PELANCARAN KEMPAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

KAMPUNG SEPARAP: 21 Ogos 2015 - Lebih 400 peserta berbagai lapisan telah membanjiri Dataran Balai Budaya Kampung Separap bagi meraikan majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Batu Pahat. Majlis pelancaran telah disampurnakan oleh  Tuan Haji Mohd Halim Bin Hasbullah Pegawai Daerah Batu Pahat.












Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger