SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

10/7/09

Selamat Datang ke Blog GDW Kampung Separap

Tabika KEMAS Berkembar Kg. Separap

Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat Kg. Separap

Sekolah Agama Seri Separap

Sekolah Kebangsaan Seri Separap

Warong Sup Gear Box Kambing Kg. Separap

Suasana malam rumah kampung

Balai Budaya Seri separap Kg. Separap

Balai raya Kg. Separap

Rumah separuh kekal penduduk kampung

Rumah tradisional

Dewan Badminton Hj.Siraj Kg. Separap
Klinik Desa Kg. Separap

Pondok Polis Kg. Separap

Kedai Runcit Kg. Separap

Mini Market Kg. separap

Tanda tunjuk arah

Aktiviti kebudayaan Kg. Separap

Taman rekreasi dan refleksi

Pemandangan di muara sungai Kg. Separap







KETUA KAMPUNG SEPARAP


Assalamualaikum,

Saya mengucapkan Selamat Datang ke ruangan Blog Kampung Separap. Blog ini akan di kemas kinikan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan aktiviti kampung. Segala kesilapan atau kekurangan saya memohon kemaafan.

Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua masyarakat kampung ini agar sentiasa mengeratkan dan mengutuhkan perpaduan yang telah terjalin demi kemakmuran dan kemajuan kampung. Sama-samalah kita bangkit ke arah memakmur dan memajukan kampung tercinta.
KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA
" WARGA CEMERLANG KAMPUNG GEMILANG"



MERCU TANDA KAMPUNG SEPARAP
Ke arah kampung Maju, Menarik Dan Menguntungkan

Masjid Jamik Ungku Ahmad Kampung Separap

Pemandangan Bangunan Surau An Nur Dan Tabika Kemas

Pintu Gerbang Masuk Ke Kampung Separap

Papan Tanda Dan Mercu Kampung Separap


PENGENALAN:

Kampung Separap adalah sebuah kampung tradisional yang penuh dengan adat dan budaya, rata-rata penduduk di sini adalah petani. Hari ini hasil utama kampung ini adalah tanaman kelapa sawit

Mengikut sejarah, kampung ini dibuka seawal tahun 1800 oleh masyarakat Jawa yang diketuaai oleh Abd.Wahid Bin Abdullah. dengan keluasan tanahnya 1518 ekar. Kampung ini terletak di mukim 4 simpang kiri dalam Daerah Batu Pahat. Terletak 15 km dari bandar Batu Pahat kampung ini pada asalnya terkenal dengan nama Kampung Danaupoposari.

Pada asalnya, kampung ini adalah hutan belentara yang telah diteroka oleh beberapa kumpulan penduduk. Pada waktu itu kumpulan ini sering bergaduh dan berselisih pendapat, Saban hari kumpulan ini sentiasa berparap-parap ( bergaduh ) hinggakan tidak dapat menjalankan aktiviti harian dengan selesa. Akhirnya kesan peristiwa berparap-parap yang tiada berkesudahan, satu kumpulan peneroka telah berpindah ke kampung seberang untuk membuka kampung baru disana. Kesan dari peristiwa ini maka bijak pandai pada masa itu telah berbincang dan bersetuju menukarkan nama Danaupolosari dengan nama SEPARAP sehingga ke hari ini. Ada juga yang mengaitkan dengan beberapa peristiwa yang berlaku bagi mendapatkan nama kampung ini..... .

Berbagai sejarah dan peristiwa berlaku disini, antaranya pada awal tahun 1940-1960 sewaktu perang Dunia ke Dua dan serangan Tentera Bintang Tiga ke atas kampung ini. Mengikut cerita sebanyak 56 buah rumah penduduk telah dibakar dan beberapa penduduk telah dibunuh. Pada masa yang sama kampung ini menjadi laluan utama Tentera Jepon dan Bintang Tiga menuju ke kawasan Semerah, Parit Jawa dan Muar. Penduduk kampung pada masa itu sentiasa merasa ketakutan dan kelaparan serta tidak berani tinggal dirumah. Untuk mendapatkan bekalan makanan amatlah sukar dan rata-rata penduduk hanya makan ubi dan sagu yang terdapat dibelukar. Bila waktu malam penduduk kampung akan tidur dihutan dengan berbumbungkan langit dan bertemankan hujan serta unggas. Mereka takut untuk tinggal dirumah kerana khuatir diserang dan ditangkap komunis.

Hari ini semuanya telah berubah, hasil ketabahan nenek moyang, ibu bapa serta pemimpin terdahulu hari ini kita dapat hidup selesa di kampung yang bertuah ini. Banyak perubahan dan kemewahan yang kami kecapi hasil kekentalan dan keutuhan pejuang terdahulu.

Pokok yang disemai telah mendatangkan hasilnya. Hari ini ramai diantara anak-anak dari kampung ini telah berjaya ke menara gading. Inilah jenarasi yang akan meneruskan perjuangan dan mewarisi hazanah kampung, semoga dengan ilmu dan kepintaran yang ada ianya dapat dicurahkan demi kebaikan kampung, agama, bangsa dan negara.

Teruskanlah perjuangan............
Disinilah kan ku curahkan bakti........


Terima Kasih.





































































































0 comments:

Post a Comment

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger