Kerja Melapah Daging Untuk Diagihkan Kepada Penduduk Kampung
Wak Hussin....hai manisnya daging ni
November 27/11/2009 : KAMPUNG SEPARAP - Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha seluruh masyarakat kampung berhimpun sewal pagi bagi menunaikan solat sunat aidiladha di masjid Ungku Ahmad Kampung Separap. Selepas solat ramai sanak saudara bersua dan berjabat tangan tanda gembira kerana lama tidak bertemu.
Pada yang berkemampuan pada pagi ini juga majlis menyembelih binatang korban dilakukan, disini kerja-kerja penyembelihan biasanya dilakukan di Masjid atau surau-surau. Suasana meriah menyelubungi persekitaran Masjid dan surau.
0 comments:
Post a Comment