27hb.Mac 2010 : KAMPUNG SEPARAP - Sempena majlis makan malam bersama pemimpin yang akan diadakan di Balai Budaya Kampung Separap, penduduk disini bergotong-royong membuat persiapan dan menyediakan hidangan untuk para tetamu yang akan hadir. Majlis akan dirasmikan oleh YB.Dato' Noraini Bte Ahmad (Ahli Parlimen Parit Sulong)
Sepanjang petang ini wajah-wajah ceria penduduk kampung dapat dilihat, dan ia sebagai tanda kemaufakatan dan perpaduan yang sentiasa disemai dan di pelihara oleh masyarakat kampung .

Hai bebaloi-baloi...bila nak habis ubi ni....penat daaa...

Hai...rasa nak patah pinggang aku...dah tua kut...

Masa untuk berehat..... jangan marah...

Chif Hussin memeriksa masakan yang disediakan oleh tukang masak

Asyik nak begambar ja... Dodol uda dan dara dah rentung bang oii....

Hai...apa tengok-tengok...tak caya ke...

Nasib kau lah labuuu...api tak hidup... Orang belakang tu sembahkan tarian kuali ke

Kak ani sempat berzapin... panasss

Aduh...pedihnya mata ... tolonglah ... pengacara pun kena kodek dodol...habislah mekap aku..

Ini rempah baryani gam....cara bancuh mesti kena cangkung baru menjadi...

Hai...lega, ubi dah siap kupas....Jom kita ungkep ubi nee..

Haa...ini resipi yang saya bagi...pasti ada omm.. Jangan bagi tau orang lain tau...

Pertandingan memarut kelapa 1 Malaysia Idon vs Dol

Baik-baik cili tu pedas kak pah oiii....

Garam sekilo... Aduh...sakitnya pinggang.. hari-hari masak.....
1 comments:
Nice Sharing :)
Post a Comment