KAMPUNG SEPARAP : Julay 2010 - Seramai hampir 1000 peserta penerima Lesen P Program Satu Komuniti Satu JPJ telah berkampung di MRSM Batu Pahat Kampung Separap bagi menerima lesen tersebut. Berbagai pameran dan perkhidmatan telah di sediakan oleh agensi kerajaan dan swasta bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.Majlis akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dua.

Peserta penerima Lesen P berpusu-pusu memasuki dewan seawal pagi lagi ( Wak Kadim dari Kg.Separap telah lulus ujian memandu)

Tok Tok Penghulu Mukim dalam Daerah Batu Pahat bersembang sambil menanti ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran

Kaunter PDRM di buka untuk memberikan khidmat kepada masyarakat.....Nak tengok saman...

Ahli Parlimen Parit Sulong..Dato Noraini Ahmad meluangkan masa melawat pameran JPJ diiringi oleh ketua JPJ Caw.Batu Pahat

Ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran Dua di iringi oleh Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat( dua dari kanan ), Pengarah JPJ Negeri Johor ( kiri sekali ) dan Ketua Caw.JPJ Daerah BP ( kanan )

Wau....bestnya dapat salam dengan Menteri..... Wak Amat gembira dapat lesen dan yang lebih gembira dapat salam dengan Menteri. Bertuah aku......

Letihnya...... malam tadi aku tak boleh tidur.....Nak jumpa Menteri dan JPJ

Nah....Wak dah dapat lesen....jangan lupa tampal P. Wau...besarnya lesen aku ni kena gantung depan pintu biar orang kampung nampak...kah...kah... Hendsem tak aku.....

JPJ memeriksa kenderaan untuk membaiki cukai jalan.... mudah...cekap... ok

Lesen dah dapat... Jom ronda-ronda... Terima Kasih JPJ
0 comments:
Post a Comment