KAMPUNG SEPARAP : Ahad 02hb. Mei 2010 - Lebih 150 masyarakat kawasan Lintang 4 & 5 Kg.Separap telah hadir bagi meraaikan majlis Pelancaran Program Gerak Mesra "Pemimpin Turun Ke Desa" dan jom ngetah bersama pemimpin yang diadakan diperkarangan rumah En Dol Wahid Bin Tasmin Lintang 5 Kg.Separap. Program ini telah diatur oleh KEMAS Parlimen Parit Sulong dan ianya lebih kepada program santai bagi mendekatkan pemimpin bersama rakyat.
Rata-rata penduduk disini meluahkan rasa bersyukur dan gembira dengan adanya program sebegini, ini kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat dan pemimpin juga dapat melihat sendiri keadaan masyarakat di kampung.

Pembuka tirai majlis Pemimpin Turun Ke Desa... Ucapan YB.Datuk Hj.Ariss Samsudin ADUN Kaw.Semerah

Ucapan Pelancaran Program Gerak Mesra Pemimpin Turun Ke Desa oleh YB.Dato' Noraini Bte Hj Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong

Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.....itu agaknya yang disampaikan olek ketua kampung kepada Dato' Noraini.....InsyAllah...

Aminnn.... bacaan doa oleh Tuan Naib Kadi Kaw.Padang Sari En.Saim Bin Sahri

Jom ngetah..... Penduduk kampung menikmati jamuan sarapan pagi diperkarangan rumah En.Dol Wahid Bin Tasmin di Lintang 5 Kg.Separap

Selamat datang Datuk...... Datuk Hj.Ariss pemimpin berjiwa rakyat beramah mesra bersama penduduk kampung

Hai....apa khabar...!!!.. Dato' Noraini pemimpin berjiwa rakyat sentiasa tersenyum bersama masyarakat cawangan Danausari Kg.Separap

Asyik... mendengar ucapan...Sebahagian daripada penduduk kampung yang hadir

Dato' Noraini sempat meluangkan masa melawat rumah penduduk kampung dan beramah mesra dengan penduduk sekitar Lintang 4 & 5 Kg.Separap

Ketua Kg. Separap memperkenalkan Dato' kepada keluarga warga emas di lintang 5 separap

Sebahagian daripada tetamu yang sama-sama meraaikan majlis pelancaran Program Gerak Mesra Pemimpin Turun Ke Desa

Penduduk mengambil peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada wakil rakyat

Datuk Hj.Ariss sempat meluangkan masa meninjau kawasan dan beramah mesra bersama penduduk Lintang 4 & 5 Kg. Separap

Sebahagian barisan AJK Kg.Separap sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan masyarakat dan kampung
Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment