SEPARAP DIHATIKU
http://kampungseparap.blogspot.my
RADIO ONLINE
http://separap147fm.blogspot.my//

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SEMOGA ALLAH MERESTUI KAMI

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KAMPUNG SEPARAP

Ribuan terima kasih melawati web Kampung separap . Panduan untuk anda yang menggunakan telefon pintar atau handphone bolehlah klick " view web version " dibahagian bawah paparan telefon pintar anda .

5/9/10

TAUTAN KASIH SEIKHLAS BUDI PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

KAMPUNG SEPARAP : 08hb. Mei 2010 - "Tautan Kasih Seikhlas Budi", inilah program tahunan JKKK Kg. Separap yang bertujuan untuk mendekati dan menyelami permasalahan yang mungkin ada dikalangan masyarakat disini, dan seterusnya mendekatkan kepimpinan kampung kepada masyarakat. Setelah dua tahun ianya dilancarkan, hari ini ia lebih kepada gerak kerja pemutihan untuk memastikan tiada masyarakat disini yang terpinggir atau tercicir dalam urusan kebajikan yang sepatutnya.
Rintitan dari program ini, JKKK Kampung Separap hari ini telah mendapat kerjasama dari KEMAS Parlimen Parit Sulong bagi menganjurkan Program Gerak Mesra Rakyat Bersama Pemimpin yang bertujuan untuk mendekatkan wakil-wakil rakyat, agensi kerajaan dan swasta kepada masyarakat setempat. Hari ini agensi yang terlibat terdiri dari Hospital Putera Batu Pahat, JKM Daerah BP, Pej.Agama Daerah BP. Program ini telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YB.Dato' Noraini Ahmad Ahli Parlimen Pt.Sulong pada 02hb.Mei 2010 di Lintang 5 Kg.Separap. Pagi ini ADUN Semerah serta agensi terlibat sempat menziarahi empat keluarga warga emas dan satu keluarga yang menghidap penyakit tallesmania. Dalam lawatan tersebut YB.Datuk Ariss, ADUN Semerah sempat meluangkan masa meninjau sekitaran kawasan kampung, seperti kerosakan jalan, masalah pencemaran dan melihat keadaan surau-surau disini.
" Pemipin Turun Ke Desa" Rata-rata penduduk disini berasa gembira dengan program sebegini dan berharap ianya dapat diteruskan dimasa akan datang.


Kenderaan Ambulan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pt. Sulong Dan Ambulan Hospital Putra Batu Pahat telah tiba lebih awal untuk jamuan pagi dirumah Pn.Hjh.Zaharah Bte Hj.Zaid.

Ketibaan Datuk Ariss Samsudin , ADUN Semerah disambut oleh Tuan Imam Kg.Separap

Datuk Ariss melihat Tn.Hj. Zaid yang berusia 92 tahun dengan diiringi ( Dari kiri - Penghulu Mk.4, Peg. Bahg. Wad Hosp.Putra, Doktor Zaki dan En. M.Nizam Peg. COO Hosp.Putra )

Datuk Ariss Samsudin bersama rombongan setelah melawat seorang warga emas Pn.Jumirah Bte Jasmat


Tim.Pengerusi Biro Kebajikan JKKK Kg.Separap Puan Zawiah Ahmad menerangkan masalah penyakit yang dihadapi oleh adik Amirul dan adik Nurul kepada Datuk Ariss

Terharu & Simpati.... Datuk Ariss menyampaikan sumbangan kepada adik Amirul dan Nurul

Datuk Ariss dan rombongan sempat meluangkan masa mlelihat keadaan jalan yang rosak dan berlubang di sekitar kawasan Lintang 2,3 dan 4 kg.Separap

Datuk Ariss mendengar aduan dari wakil penduduk Lintang Dua kg. Separap, En Mokhtar Bin Daud berhubung pencemaran air dan bau busuk yang berpunca dari air kumbahan taman perumahan berhampiran
Hai...teruknya.... Datuk Ariss sempat melihat keadaan surau Lintang 3 kg.Separap yang seluruh kayunya telah dipenuhi dengan anai-anai dan berbau hanyir.

Datuk Ariss menyatakan sesewatu kepada Tok Penghulu berhubung permasalahan yang diajukan oleh masyarakat disini.

Dalam ucapaanya, Datuk berharap program ini harus diteruskan dan hubungan kepimpinan dan masyarakat hendaklah seiring demi kemajuan masyarakat dan kampung.

Wakil rasmi kepada Dato' Noraini, Cik Ailin Bt.Ahmad Ketua Puteri UMNO Bhg,Pt.Sulong menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas.

Makannn....saat yang dinantikan.... Tuan Imam melayan tetamu untuk jamuan tengahari
resepi istimewa dari ceff Jumali rendang daging landak

Datuk....tolonglah...jalan kami kecil dan sempit...... selalu ada orang jatuh....Beberapa AJK Kawasan Lintang 1 menceritakan masalah dikawasannya kepada Datuk Ariss agar jalan Lintang 1 dapat dilebarkan kerana jalan ini terlalu sibuk dan sering berlaku kemalangan

Sebahagian dari AJK JKKK Kg.Separap bergambar kenangan bersama Datuk Ariss sempena Program Gerak Mesra Rakyat Bersama Pemimpin

Tautan Kasih Seikhlas Budi
Segala Keperihatinan YB.Dato /YB.Datuk /Datin /Tuan / Puan / Jabatan Kerajaan & Swasta bagi menjayakan program ini di ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih













0 comments:

Post a Comment

Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger